Panggilan Penyertaan Anugerah Stevie® Asia Pasifik Tahunan Kali Kesembilan

Posted by Clara Im on Tue, Nov 02, 2021 @ 01:45 AM

Satu-satunya anugerah perniagaan untuk mengiktiraf inovasi dalam perniagaan di seluruh wilayah

 

Anugerah Stevie® telah menerbitkan panggilan untuk penyertaan bagi Anugerah Stevie Asia Pasifik 2022 (tahunan kali kesembilan), satu-satunya program anugerah perniagaan untuk mengiktiraf inovasi dalam perniagaan di seluruh rantau Asia Pasifik.

47991109677_5df20702fa_c

Tarikh akhir bagi penyertaan awal ialah pada 23hb November 2021. Tarikh akhir bagi penyertaan akhir ialah 19hb Januari, 2022. Walau bagaimanapun, penyertaan lewat akan diterima sehingga 2 Mac dengan bayaran yuran kelewatan. Butiran lengkap mengenai penyertaan boleh didapati di http://Asia.StevieAwards.com.

Anugerah Stevie Asia Pasifik adalah terbuka untuk semua organisasi di 29 buah negara di rantau Asia Pasifik: Besar dan kecil, untuk keuntungan atau bukan untuk keuntungan, awam dan swasta.

Anugerah ini menumpukan usaha untuk mengiktiraf inovasi dalam semua bentuk, di mana jua ia dicapai di tempat kerja. Penyertaan akan diterima dalam lapan bahasa – Cina, Inggeris, Indonesia, Jepun, Korea, Melayu, Thai dan Vietnam – dalam kumpulan kategori anugerah yang berikut:

Kumpulan kategori baharu untuk 2022 akan mengiktiraf inovasi Media Sosial, dalam penciptaan kandungan, pengoperasian, pengurusan dan pemasaran sejak 1 Julai 2019.

Para pemenang Anugerah Stevie Asia Pasifik akan diumumkan pada 17hb April. Pemenang akan diraikan dan disampaikan anugerah semasa majlis anugerah pada 27 Mei. Sekiranya kami tidak dapat mengadakan jamuan kerana COVID-19, kami akan mengadakan majlis anugerah secara maya sebagai ganti.

Sekumpulan besar profesional dari serata rantau akan mengambil bahagian dalam proses penghakiman untuk menentukan para pemenang Stevie.

Beberapa organisasi yang paling inovatif di rantau Asia Pasifik telah memenangi Anugerah Stevie Asia Pasifik dalam lima tahun terakhir termasuk ABS-CBN Corporation, Cisco Systems, DHL Asia Pacific Shared Services, EventsAIR, Freelancer.com, Google, Great Eagle Holdings, Globe Telecom, HLC Group, Hong Kong Tourism Board, HP Inc., IBM, KEB HANA Bank, KEPCO, KT, MSLGROUP China, Ooredoo, PT Petrokimia Gresik, Singapore Power, SM Supermalls, Tata Consultancy Services, Telkom Indonesia, VNPT Vinaphone Corporation, Viettel, dan banyak lagi.

Trofi Anugerah Stevie, dibuat oleh syarikat yang menghasilkan anugerah Emmy dan anugerah besar peringkat antarabangsa yang lain, ialah hadiah paling didambakan di seluruh dunia. Nama Stevie diambil daripada perkataan Stephen yang berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud "yang dimahkotakan."

 

Perihal Anugerah Stevie
Anugerah Stevie diberikan dalam lapan buah program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, The American Business Awards®, The International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Cemerlang dan Anugerah Stevie untuk Perkhidmatan Jualan & Pelanggan dan terbaru, Anugerah Stevie Timur Tengah Dan Afrika Utara. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih 12,000 pencalonan setiap tahun daripada organisasi di lebih 70 buah negara. Memberikan penghargaan kepada semua jenis dan saiz organisasi dan insan-insan di belakangnya, anugerah Stevie mengiktiraf prestasi luar biasa di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai Anugerah Stevie di www.StevieAwards.com.

 

- Stevie®, Anugerah Perniagaan Amerika® dan Anugerah Perniagaan Antarabangsa® adalah tanda perdagangan berdaftar Stevie Awards, Inc.

- Penaja dan rakan kongsi Anugerah Stevie Asia Pasifik 2022 termasuklah majalah adobo dan PR Newswire Asia.

 

Topics: Anugerah Stevie, Anugerah Stevie Asia Pasifik