---
title: International Awards | Anugerah Stevie Asia Pasifik
description: Anugerah Stevie Asia Pasifik | Perspective on the Stevie Awards and business awards from around the world.
---

[![stevie-awards-full-logo](https://blog.stevieawards.com/hs-fs/hubfs/Stevie%20Awards%20Blog%20Theme%20Files/stevie-awards-full-logo.png?width=347&height=70&name=stevie-awards-full-logo.png "stevie-awards-full-logo")](http://stevieawards.com)

 Click to View Posts by Stevie® Awards Categories

## [Anugerah Stevie® Asia Pasifik Tahunan Kali Keenam Menerbitkan Panggilan untuk Penyertaan](https://blog.stevieawards.com/international-awards/anugerah-stevie-asia-pasifik-tahunan-kali-keenam-menerbitkan-panggilan-untuk-penyertaan)

 Posted by [Clara Im](https://blog.stevieawards.com/international-awards/author/clara-im) on Tue, Nov 13, 2018 @ 10:22 PM

- [Tweet](https://twitter.com/share)

Anugerah Stevie® telah menerbitkan panggilan untuk penyertaan bagi Anugerah Stevie Asia Pasifik (tahunan kali keenam), satu-satunya program anugerah perniagaan untuk mengiktiraf inovasi dalam perniagaan di seluruh rantau Asia Pasifik.

Tarikh akhir bagi penyertaan awal ialah 28 November. Tarikh akhir bagi penyertaan akhir ialah 30 Januari 2019. Walau bagaimanapun, penyertaan lewat akan diterima sehingga 8 Mac dengan bayaran yuran kelewatan. Butiran lengkap mengenai penyertaan boleh didapati di [http://Asia.StevieAwards.com](http://Asia.StevieAwards.com).

Anugerah Stevie Asia Pasifik adalah terbuka untuk semua organisasi di 29 buah negara di rantau Asia Pasifik: Besar dan kecil, untuk keuntungan atau bukan untuk keuntungan, awam dan swasta. Tujuh buah negara yang layak untuk menghantar pencalonan ke Anugerah Stevie Asia Pasifik 2019 telah ditambah iaitu: Bangladesh, Bhutan, India, Maldives, Nepal, Pakistan, dan Sri Lanka.

![APSA 10](https://blog.stevieawards.com/hs-fs/hubfs/APSA%2010.jpg?width=2048&name=APSA%2010.jpg)

Anugerah ini menumpukan usaha untuk mengiktiraf inovasi dalam semua bentuk, di mana jua ia dicapai di tempat kerja. Penyertaan akan diterima dalam lapan bahasa – Cina, Inggeris, Indonesia, Jepun, Korea, Melayu, Thai dan Vietnam – dalam kumpulan kategori anugerah yang berikut:

- [Anugerah Laporan Tahunan & Anugerah Penerbitan Lain](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Laporan%20Tahunan%20%26%20Penerbitan%20Lain)
- [Anugerah Perkhidmatan Pelanggan](http://asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Perkhidmatan%20Pelanggan)
- [Anugerah Syarikat/Organisasi](http://asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Syarikat%20/%20Organisasi)
- [Anugerah Sumber Manusia](http://asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Sumber%20Manusia)
- [Anugerah Teknologi Maklumat Auau IT](http://asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Teknologi%20Maklumat%20atau%20IT)
- [Anugerah Pengurusan](http://asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Pengurusan)
- [Anugerah Marketing](http://asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Marketing)
- [Anugerah Produk Baru](http://asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Produk%20Baru)
- [Anugerah Komunikasi Korporat, Perhubungan Pelabur & Perhubungan Awam](http://asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Komunikasi%20Korporat%2C%20Perhubungan%20Pelabur%20%26%20Perhubungan%20Awam)
- [Anugerah Laman Web](http://asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Laman%20Web) dan Anugerah Aplikasi Telefon Pintar dan Tablet  
   …dan banyak lagi

Kategori baharu bagi anugerah yang diperkenalkan untuk tahun 2019 termasuk Syarikat Pemula Paling Inovatif Tahun Ini dan Syarikat Pemula Teknologi Paling Inovatif Tahun Ini. Tiada yuran penyertaan dikenakan untuk kategori-kategori ini.

Para pemenang Anugerah Stevie Asia Pasifik akan diumumkan pada 17 April. Para pemenang akan diraikan dan diberikan anugerah mereka semasa bankuet gala pada 31 Mei di Singapura.

Sekumpulan besar profesional dari serata rantau akan mengambil bahagian dalam proses penghakiman untuk menentukan para pemenang Stevie.

Beberapa organisasi paling inovatif di rantau Asia Pasifik yang telah memenangi Anugerah Stevie Asia Pasifik sepanjang lima tahun yang lalu termasuklah ABS-CBN Corporation, Pusat Penyelidikan Kesihatan Bangkok, Cisco Systems, Delta Air Lines, Dentsu, Freelancer.com, GE Indonesia, Globe Telecom, Hong Kong Tourism Board, Huawei, Maras Group, MetLife Asia Ltd., MSLGROUP China, Ooredoo, PT Petrokimia Gresik, Samsung, Kerajaan Metropolitan Seoul, Singapore Power, Sony, Telkom Indonesia, Xiaomi, dan banyak lagi.

Trofi Anugerah Stevie, dibuat oleh syarikat yang menghasilkan anugerah Emmy dan anugerah besar peringkat antarabangsa yang lain, ialah hadiah paling didambakan di seluruh dunia. Nama Stevie diambil daripada perkataan Stephen yang berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud "yang dimahkotakan."

**Perihal Anugerah Stevie  
**Anugerah Stevie diberikan dalam tujuh buah program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, The American Business Awards®, The International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Cemerlang dan Anugerah Stevie untuk Perkhidmatan Jualan & Pelanggan. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih 10,000 pencalonan setiap tahun daripada organisasi di lebih 70 buah negara. Memberikan penghargaan kepada semua jenis dan saiz organisasi dan insan-insan di belakangnya, anugerah Stevie mengiktiraf prestasi luar biasa di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai Anugerah Stevie di [www.StevieAwards.com](http://ctt.marketwire.com/?release=1272416&id=9281077&type=1&url=http%3a%2f%2fwww.stevieawards.com%2f).

Stevie®, The American Business Awards® dan The International Business Awards® ialah tanda dagangan berdaftar bagi Stevie Awards, Inc.

 0 Comments [Click here to read/write comments](https://blog.stevieawards.com/international-awards/anugerah-stevie-asia-pasifik-tahunan-kali-keenam-menerbitkan-panggilan-untuk-penyertaan#comments-listing)

 Topics: [business awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/business-awards), [stevie awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/stevie-awards), [The Stevie Awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/the-stevie-awards), [Asia-Pacific Stevie Awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/asia-pacific-stevie-awards), [Anugerah Stevie](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/anugerah-stevie), [Anugerah Stevie Asia Pasifik](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/anugerah-stevie-asia-pasifik)

## [Tarikh akhir Anugerah Stevie Asia Pasifik ini di lanjutkan sehingga 6 April 2016](https://blog.stevieawards.com/international-awards/tarikh-akhir-anugerah-stevie-asia-pasifik-ini-di-lanjutkan-sehingga-6-april-2016)

 Posted by [Clara Im](https://blog.stevieawards.com/international-awards/author/clara-im) on Fri, Mar 25, 2016 @ 12:58 AM

- [Tweet](https://twitter.com/share)

**Anugerah Stevie®, adalah penganjur dari [Anugerah Stevie Asia Pasifik](http://asia.stevieawards.com/), mengumumkan bahawa kemasukan tarikh akhir bagi pertandingan tahun ketiga telah dilanjutkan kepada 6 April 2016. Tiada yuran lewat tambahan akan dikenakan. Penyertaan yang dihantar sehingga 6 April tidak akan menjadi kekurangan dalam proses penghakiman. Butiran kemasukan yang lengkap boleh didapati di [http://Asia.StevieAwards.com](http://Asia.StevieAwards.com)**

![APSA-smiling-group-2015.gif](https://blog.stevieawards.com/hs-fs/hubfs/APSA-smiling-group-2015.gif?width=288&height=229&name=APSA-smiling-group-2015.gif "APSA-smiling-group-2015.gif")Anugerah Stevie Asia Pasifik adalah terbuka kepada semua organisasi di 22 negara di rantau Asia Pasifik. Kategori yang telah direka semula untuk memberi tumpuan untuk mengiktiraf inovasi dalam semua bentuk,tidak mengira di mana atau bagaimanapun ia dicapai di tempat kerja. Pencalonan akan diterima dan dinilai dalam tujuh bahasa - Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Indonesia,

Jepun, Korea, Melayu dan Thai - dalam kategori kumpulan berikut:

- [Anugerah Kategori Acara Langsung](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Acara%20Langsung)
- [Anugerah Kategori Aplikasi](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Aplikasi)
- [Anugerah Kategori Komunikasi Korporat, Perhubungan Pelabur & Perhubungan Awam](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Komunikasi%20Korporat%2C%20Perhubungan%20Pelabur%20%26%20Perhubungan%20Awam)
- [Anugerah Kategori Laman Web](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Laman%20Web)
- [Anugerah Kategori Laporan Tahunan & Penerbitan Lain](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Laporan%20Tahunan%20%26%20Penerbitan%20Lain)
- [Anugerah Kategori Marketing](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Marketing)
- [Anugerah Kategori Pengurusan](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Pengurusan)
- [Anugerah Kategori Perkhidmatan Pelanggan](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Perkhidmatan%20Pelanggan)
- [Anugerah Kategori Produk Baru](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Produk%20Baru)
- [Anugerah Kategori Sumber Manusia](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Sumber%20Manusia)
- [Anugerah Kategori Syarikat / Organisasi](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Syarikat%20/%20Organisasi)
- [Anugerah Kategori Teknologi Maklumat atau IT](http://www.asia.stevieawards.com/ms/Anugerah%20Kategori%20Teknologi%20Maklumat%20atau%20IT)

Berdasarkan pencalonan yang akan dijalankan oleh lebih 100 eksekutif di seluruh dunia pada April ini. Pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa akan diumumkan pada 20 April 2016. Pemenang akan disambut di jamuan gala pada 27 Mei di Sydney, Australia. Beberapa syarikat yang paling terkenal di rantau Asia Pasifik telah memenangi Anugerah Stevie Asia Pasifik ini dalam tempoh dua tahun yang lalu termasuk Cisco Systems, Crocs Singapura, Delta Airlines, DHL Express, Ford China, Globe Telecom, MetLife Asia Ltd., Sony, dan SYSPRO Software, dan lain-lain.

 

**Mengenai Anugerah Stevie **

Anugerah Stevie terdiri daripada enam program: Anugerah Perdagangan Amerika Syarikat, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Perniagaan Antarabangsa, Anugerah Stevie Peniaga Wanita, Anugerah Stevie bagi Pemasaran & Perkhidmatan Pelanggan dan Anugerah Stevie Asia Pasifik. Program ketujuh, Anugerah Stevie Majikan, akan dibuka pada musim bunga ini. Ia menghormati pelbagai jenis dan saiz organisasi dan orang-orang di belakang mereka, Anugerah Stevie mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Anugerah Stevie sila lawat di [http://www.StevieAwards.com](http://www.prweb.net/Redirect.aspx?id=aHR0cDovL3d3dy5zdGV2aWVhd2FyZHMuY29tL3NhbGVz), dan ikut Anugerah Stevie di Twitter @TheStevieAwards.

 0 Comments [Click here to read/write comments](https://blog.stevieawards.com/international-awards/tarikh-akhir-anugerah-stevie-asia-pasifik-ini-di-lanjutkan-sehingga-6-april-2016#comments-listing)

 Topics: [The Stevie Awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/the-stevie-awards), [Asia-Pacific Stevie Awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/asia-pacific-stevie-awards), [Anugerah Stevie](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/anugerah-stevie), [Anugerah Stevie Asia Pasifik](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/anugerah-stevie-asia-pasifik)

### Request an entry kit for one or more of the stevie awards programs

[Remove my information](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/anugerah-stevie-asia-pasifik#)

Entry kit will be sent to you by email. We don't sell or disclose email addresses. Review our [privacy policy.](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/anugerah-stevie-asia-pasifik#)

### Recent Articles

![デジタルマーケティングを発展させる人工知能](https://blog.stevieawards.com/hubfs/ThatWare_blog_cover-1.jpg)

On August 13, 2020

### [デジタルマーケティングを発展させる人工知能](https://blog.stevieawards.com/international-awards/デジタルマーケティングを発展させる人工知能)

 Tags: [business awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/business-awards), [スティービー](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/スティ-ビ-), [The Stevie Awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/the-stevie-awards), [国際ビジネス賞](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/国際ビジネス賞), [スティービー賞](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/スティービー賞)

![人工智能推动数字营销](https://blog.stevieawards.com/hubfs/ThatWare_blog_cover-1.jpg)

On August 13, 2020

### [人工智能推动数字营销](https://blog.stevieawards.com/international-awards/人工智能推动数字营销)

 Tags: [business awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/business-awards), [The Stevie Awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/the-stevie-awards), [The International Business Awards](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/the-international-business-awards), [国际商务大奖](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/国际商务大奖), [史蒂夫奖](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/史蒂夫奖)

### Posts by Tag

- [The Stevie Awards (156)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/the-stevie-awards)
- [Asia-Pacific Stevie Awards (144)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/asia-pacific-stevie-awards)
- [stevie awards (118)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/stevie-awards)
- [business awards (86)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/business-awards)
- [International business awards (71)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/international-business-awards)
- [스티비상 (68)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/스티비상)
- [The International Business Awards (62)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/the-international-business-awards)
- [史蒂夫奖 (50)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/史蒂夫奖)
- [stevie awards for women in business (48)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/stevie-awards-for-women-in-business)
- [PR awards (33)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/pr-awards)
- [app awards (32)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/app-awards)
- [website awards (31)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/topic/website-awards)

### Posts by Month

- [August 2020 (5)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2020/08)
- [July 2020 (3)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2020/07)
- [March 2019 (1)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2019/03)
- [November 2018 (7)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2018/11)
- [October 2018 (2)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2018/10)
- [September 2018 (2)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2018/09)
- [July 2018 (14)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2018/07)
- [May 2018 (5)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2018/05)
- [April 2018 (7)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2018/04)
- [March 2018 (1)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2018/03)
- [February 2018 (7)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2018/02)
- [January 2018 (10)](https://blog.stevieawards.com/international-awards/archive/2018/01)

[![American Business Awards](https://blog.stevieawards.com/hs-fs/hubfs/ABA_HC_0220.png?width=1800&height=416&name=ABA_HC_0220.png "American Business Awards")](https://aba.stevieawards.com)

[![Stevie Awards for Great Employers](https://blog.stevieawards.com/hubfs/SAGE_HC_0220.png "Stevie Awards for Great Employers")](https://hr.stevieawards.com)

[![Asia-Pacific Stevie Awards](https://blog.stevieawards.com/hs-fs/hubfs/APSA_HC_0220.png?width=1800&height=533&name=APSA_HC_0220.png "Asia-Pacific Stevie Awards")](https://asia.stevieawards.com)

[![Stevie Awards for Sales & Customer Service](https://blog.stevieawards.com/hubfs/SASCS_v2_HC_0220.png "Stevie Awards for Sales & Customer Service")](https://sales.stevieawards.com)

[![International Business Awards](https://blog.stevieawards.com/hubfs/IBA_HC_0220.png "International Business Awards")](https://iba.stevieawards.com)

[![German Stevie Awards](https://blog.stevieawards.com/hs-fs/hubfs/GSA_HC_0220.png?width=1800&height=539&name=GSA_HC_0220.png "German Stevie Awards")](https://gsa.stevieawards.com)

[![Middle East & North Africa Stevie Awards](https://blog.stevieawards.com/hs-fs/hubfs/MENASA_H_0420.png?width=1800&height=532&name=MENASA_H_0420.png "Middle East & North Africa Stevie Awards")](https://mena.stevieawards.com)

[![Stevie Awards for Women in Business](https://blog.stevieawards.com/hubfs/SAWIB_HC_0220.png "Stevie Awards for Women in Business")](https://women.stevieawards.com)

[![Stevie Awards for Technology Excellence](https://blog.stevieawards.com/hs-fs/hubfs/SATE-HC.png?width=2000&height=596&name=SATE-HC.png "Stevie Awards for Technology Excellence")](https://tech.stevieawards.com)

[![Women Future Webinars](https://blog.stevieawards.com/hs-fs/hubfs/WFC25/WFC%20WEBINARS%20LOGO.png?width=1800&height=810&name=WFC%20WEBINARS%20LOGO.png "Women Future Webinars")](https://women.stevieawards.com/webinars)

[![Stevie Awards](https://blog.stevieawards.com/hs-fs/hubfs/StevieAwards_EmblemLogo_C_0220-1.png?width=100&height=128&name=StevieAwards_EmblemLogo_C_0220-1.png "Stevie Awards")](https://www.stevieawards.com)

---

Questions? Problems? [Contact Us.](https://stevieawards.com/contact) Read Our [Privacy Policy](https://stevieawards.com/refund-delivery-policy)

Copyright © 2026 Stevie Awards, Inc. All Rights Reserved. American Business Awards and International Business Awards are registered trademarks of Stevie Awards, Inc.