International Awards Blog

Anugerah Stevie® Asia Pasifik Tahunan Kali Ketujuh

Posted by Clara Im on Tue, Nov 05, 2019 @ 07:23 AM

Anugerah Stevie® telah menerbitkan panggilan untuk penyertaan bagi Anugerah Stevie Asia Pasifik 2020 (tahunan kali ketujuh), satu-satunya program anugerah perniagaan untuk mengiktiraf inovasi dalam perniagaan di seluruh rantau Asia Pasifik.

APSA_graphic_edit-1-1

Tarikh akhir bagi penyertaan awal ialah 27 November. Tarikh akhir bagi penyertaan akhir ialah 6hb Februari, 2020. Walau bagaimanapun, penyertaan lewat akan diterima sehingga 4 Mac dengan bayaran yuran kelewatan. Butiran lengkap mengenai penyertaan boleh didapati di http://Asia.StevieAwards.com.

Anugerah Stevie Asia Pasifik adalah terbuka untuk semua organisasi di 29 buah negara di rantau Asia Pasifik: Besar dan kecil, untuk keuntungan atau bukan untuk keuntungan, awam dan swasta.

Anugerah ini menumpukan usaha untuk mengiktiraf inovasi dalam semua bentuk, di mana jua ia dicapai di tempat kerja. Penyertaan akan diterima dalam lapan bahasa – Cina, Inggeris, Indonesia, Jepun, Korea, Melayu, Thai dan Vietnam – dalam kumpulan kategori anugerah yang berikut:

Kategori baharu bagi anugerah yang diperkenalkan untuk tahun 2020 termasuk Anugerah Kategori Video seperti Anugerah untuk Inovasi dalam Video hiburan berjenama, Anugerah untuk Inovasi dalam Video sebab yang berkaitan, Anugerah untuk Inovasi dalam Video Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), Anugerah untuk Inovasi dalam Video Gaya Hidup dan banyak lagi.

Para pemenang Anugerah Stevie Asia Pasifik akan diumumkan pada 8hb April. Para pemenang akan diraikan dan diberikan anugerah mereka semasa bankuet gala pada 29hb Mei di Hanoi, Vietnam.

Sekumpulan besar profesional dari serata rantau akan mengambil bahagian dalam proses penghakiman untuk menentukan para pemenang Stevie.

Beberapa organisasi paling inovatif di rantau Asia Pasifik yang telah memenangi Anugerah Stevie Asia Pasifik sepanjang lima tahun yang lalu termasuklah ABS-CBN Corporation, Pusat Penyelidikan Kesihatan Bangkok, Cisco Systems, Delta Air Lines, Dentsu, DHL Express International (thailand) Ltd., Freelancer.com, GE Indonesia, Globe Telecom, Hong Kong Tourism Board, KEB HANA Bank, KEPCO, KT, Huawei, Maras Group, MetLife Asia Ltd., MSLGROUP China, Ooredoo, PT Petrokimia Gresik, Samsung, Kerajaan Metropolitan Seoul, Singapore Power, Sony, Strategic Public Relations Group Limited, Telkom Indonesia, VNPT Vinaphone Corporation, Viettel, Xiaomi, dan banyak lagi.

Trofi Anugerah Stevie, dibuat oleh syarikat yang menghasilkan anugerah Emmy dan anugerah besar peringkat antarabangsa yang lain, ialah hadiah paling didambakan di seluruh dunia. Nama Stevie diambil daripada perkataan Stephen yang berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud "yang dimahkotakan."

Perihal Anugerah Stevie
Anugerah Stevie diberikan dalam lapan buah program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, The American Business Awards®, The International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Cemerlang dan Anugerah Stevie untuk Perkhidmatan Jualan & Pelanggan dan terbaru, Anugerah Stevie Timur Tengah. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih 12,000 pencalonan setiap tahun daripada organisasi di lebih 70 buah negara. Memberikan penghargaan kepada semua jenis dan saiz organisasi dan insan-insan di belakangnya, anugerah Stevie mengiktiraf prestasi luar biasa di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai Anugerah Stevie di www.StevieAwards.com.

Stevie®, The American Business Awards® dan The International Business Awards® ialah tanda dagangan berdaftar bagi Stevie Awards, Inc.

Topics: business awards, The Stevie Awards, Asia-Pacific Stevie Awards, Anugerah Stevie, Anugerah Stevie Asia Pasifik