Panggilan Penyertaan Anugerah Stevie® Asia Pasifik Tahunan Kali Kesembilan
Anugerah Stevie® telah menerbitkan panggilan untuk penyertaan bagi Anugerah Stevie Asia Pasifik 2023 (tahunan ke-10), satu-satunya program anugerah perniagaan untuk mengiktiraf inovasi dalam perniagaan di seluruh rantau Asia Pasifik.
Tarikh akhir bagi penyertaan awal ialah pada 22hb November 2022. Tarikh akhir bagi penyertaan akhir ialah 17hb Januari, 2023. Walau bagaimanapun, penyertaan lewat akan diterima sehingga 15hb Februari dengan bayaran yuran kelewatan. Butiran lengkap mengenai penyertaan boleh didapati di http://Asia.StevieAwards.com.
Anugerah Stevie Asia Pasifik adalah terbuka untuk semua organisasi di 29 buah negara di rantau Asia Pasifik: Besar dan kecil, untuk keuntungan atau bukan untuk keuntungan, awam dan swasta.
Anugerah ini menumpukan usaha untuk mengiktiraf inovasi dalam semua bentuk, walau di mana jua ia dicapai di tempat kerja. Permohonan boleh dihantar dalam bahasa Inggeris bagi kategori berikut:
- Pencapaian
- Anugerah Penerbitan
- Anugerah Syarikat/Organisasi
- Anugerah Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam
- Anugerah Perkhidmatan Pelanggan
- Anugerah Sumber Manusia
- Anugerah Teknologi
- Anugerah Pengurusan
- Anugerah Pemasaran
- Anugerah Media Sosial
- Anugerah Produk Baru & Pengurusan Produk
- Anugerah Video
- Anugerah Laman Web dan Anugerah Aplikasi
…dan banyak lagi
Kategori baru untuk 2023 akan mengiktiraf Kepimpinan Pemikiran dalam strategi, pembangunan dan perlaksanaan sejak awal Julai 2020.
Tambahan untuk kategori baru, undian dari orang awam telah ditambah. Pemenang Anugerah Stevie dalam kategori Syarikat / Organisasi akan ditentukan oleh campuran unik undian masyarakat umum dan penilaian hakim profesional kami.
Para pemenang Anugerah Stevie Asia Pasifik akan diumumkan pada 29hb Mar. Pemenang akan diraikan dan disampaikan anugerah semasa majlis anugerah pada 27hb Mei di Hanoi, Vietnam.
Sekumpulan besar yang profesional dari serata rantau akan mengambil bahagian dalam proses penghakiman untuk menentukan para pemenang Stevie.
Beberapa organisasi yang paling inovatif di rantau Asia Pasifik telah memenangi Anugerah Stevie Asia Pasifik dalam lima tahun terakhir termasuk ABS-CBN Corporation, Cisco Systems, DHL Asia Pacific Shared Services, EventsAIR, Freelancer.com, Fuji Television Network, Inc., Google, Globe Telecom, Hana Financial Group, Hong Kong Tourism Board, HP Inc., IBM, KB Kookmin Card, KT, Megaworld Corporation, MSL China, Nasdaq, Ooredoo, PT Petrokimia Gresik, Seegene Medical Foundation, Shell Philippines Exploration B.V., Shanghai Disney Resort, Singtel, SM Supermalls, Tata Consultancy Services, Telkom Indonesia, VNPT Vinaphone Corporation, Viettel, dan banyak lagi.
Trofi Anugerah Stevie, dibuat oleh syarikat yang menghasilkan anugerah Emmy dan anugerah besar peringkat antarabangsa yang lain, ialah hadiah paling didambakan di seluruh dunia. Nama Stevie diambil daripada perkataan Stephen yang berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud "yang dimahkotakan."
Perihal Anugerah Stevie
Anugerah Stevie diberikan dalam lapan buah program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, The American Business Awards®, The International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Cemerlang dan Anugerah Stevie untuk Perkhidmatan Jualan & Pelanggan dan terbaru, Anugerah Stevie Timur Tengah Dan Afrika Utara. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih 12,000 pencalonan setiap tahun daripada organisasi di lebih 70 buah negara. Pemberian penghargaan kepada semua jenis dan saiz organisasi dan insan-insan di belakangnya, anugerah Stevie mengiktiraf prestasi luar biasa di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai Anugerah Stevie di www.StevieAwards.com.
- Stevie®, Anugerah Perniagaan Amerika® dan Anugerah Perniagaan Antarabangsa® adalah tanda perdagangan berdaftar Stevie Awards, Inc.
- Penaja dan rakan kongsi Anugerah Stevie Asia Pasifik 2023 termasuklah majalah adobo dan PR Newswire Asia.
Adakah anda berminat untuk menyertai Anugerah Stevie Asia Pasifik 2023?