<img src="//trc.taboola.com/1193654/log/3/unip?en=page_view" width="0" height="0" style="display:none">

International Awards Blog

Anugerah Stevie® Asia Pasifik Tahunan Kali Keenam Menerbitkan Panggilan untuk Penyertaan

Posted by Clara Im on Tue, Nov 13, 2018 @ 10:22 PM

Anugerah Stevie® telah menerbitkan panggilan untuk penyertaan bagi Anugerah Stevie Asia Pasifik (tahunan kali keenam), satu-satunya program anugerah perniagaan untuk mengiktiraf inovasi dalam perniagaan di seluruh rantau Asia Pasifik.

Tarikh akhir bagi penyertaan awal ialah 28 November. Tarikh akhir bagi penyertaan akhir ialah 30 Januari 2019. Walau bagaimanapun, penyertaan lewat akan diterima sehingga 8 Mac dengan bayaran yuran kelewatan. Butiran lengkap mengenai penyertaan boleh didapati di http://Asia.StevieAwards.com.

Anugerah Stevie Asia Pasifik adalah terbuka untuk semua organisasi di 29 buah negara di rantau Asia Pasifik: Besar dan kecil, untuk keuntungan atau bukan untuk keuntungan, awam dan swasta. Tujuh buah negara yang layak untuk menghantar pencalonan ke Anugerah Stevie Asia Pasifik 2019 telah ditambah iaitu: Bangladesh, Bhutan, India, Maldives, Nepal, Pakistan, dan Sri Lanka.

APSA 10

Anugerah ini menumpukan usaha untuk mengiktiraf inovasi dalam semua bentuk, di mana jua ia dicapai di tempat kerja. Penyertaan akan diterima dalam lapan bahasa – Cina, Inggeris, Indonesia, Jepun, Korea, Melayu, Thai dan Vietnam – dalam kumpulan kategori anugerah yang berikut:

Kategori baharu bagi anugerah yang diperkenalkan untuk tahun 2019 termasuk Syarikat Pemula Paling Inovatif Tahun Ini dan Syarikat Pemula Teknologi Paling Inovatif Tahun Ini. Tiada yuran penyertaan dikenakan untuk kategori-kategori ini.

Para pemenang Anugerah Stevie Asia Pasifik akan diumumkan pada 17 April. Para pemenang akan diraikan dan diberikan anugerah mereka semasa bankuet gala pada 31 Mei di Singapura.

Sekumpulan besar profesional dari serata rantau akan mengambil bahagian dalam proses penghakiman untuk menentukan para pemenang Stevie.

Beberapa organisasi paling inovatif di rantau Asia Pasifik yang telah memenangi Anugerah Stevie Asia Pasifik sepanjang lima tahun yang lalu termasuklah ABS-CBN Corporation, Pusat Penyelidikan Kesihatan Bangkok, Cisco Systems, Delta Air Lines, Dentsu, Freelancer.com, GE Indonesia, Globe Telecom, Hong Kong Tourism Board, Huawei, Maras Group, MetLife Asia Ltd., MSLGROUP China, Ooredoo, PT Petrokimia Gresik, Samsung, Kerajaan Metropolitan Seoul, Singapore Power, Sony, Telkom Indonesia, Xiaomi, dan banyak lagi.

Trofi Anugerah Stevie, dibuat oleh syarikat yang menghasilkan anugerah Emmy dan anugerah besar peringkat antarabangsa yang lain, ialah hadiah paling didambakan di seluruh dunia. Nama Stevie diambil daripada perkataan Stephen yang berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud "yang dimahkotakan."

Perihal Anugerah Stevie
Anugerah Stevie diberikan dalam tujuh buah program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, The American Business Awards®, The International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Cemerlang dan Anugerah Stevie untuk Perkhidmatan Jualan & Pelanggan. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih 10,000 pencalonan setiap tahun daripada organisasi di lebih 70 buah negara. Memberikan penghargaan kepada semua jenis dan saiz organisasi dan insan-insan di belakangnya, anugerah Stevie mengiktiraf prestasi luar biasa di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai Anugerah Stevie di www.StevieAwards.com.

Stevie®, The American Business Awards® dan The International Business Awards® ialah tanda dagangan berdaftar bagi Stevie Awards, Inc.

Topics: business awards, stevie awards, The Stevie Awards, Asia-Pacific Stevie Awards, Anugerah Stevie, Anugerah Stevie Asia Pasifik

Subscribe to Email Updates

Recent Posts

Posts by Topic

see all

Follow Me