<img src="//trc.taboola.com/1193654/log/3/unip?en=page_view" width="0" height="0" style="display:none">

International Awards Blog

Panggilan Penyertaan Telah Dikeluarkan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa Keempat Belas

Posted by Clara Im on Wed, Apr 26, 2017 @ 03:09 AM

Anugerah Stevie® telah mengeluarkan panggilan penyertaan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa, kali ke-14, pertandingan anugerah perniagaan yang ulung di dunia, yang menarik pencalonan dari organisasi di lebih 60 negara dan wilayah setiap tahun. 

Kesemua individu dan organisasi seluruh dunia -- awam dan swasta, untuk-keuntungan dan bukan-keuntungan, kecil dan besar -- boleh menghantar pencalonan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa. Tarikh akhir penyertaan adalah 10 Mei, dan penyertaan lewat akan diterima menerusi 14 Jun dengan bayaran yuran kelewatan. Maklumat penyertaan boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA.

REVIEW THE ENTRY KIT HERE.

IBA 2016 big group.jpgPanel kehakiman antarabangsa yang terdiri dari lebih 150 eksekutif akan menentukan pemenang Anugerah Stevie. Keputusan akan diumumkan pada 10 Ogos. Pemenang Anugerah Stevie akan diberikan anugerah mereka dalam sebuah bankuet gala di W Hotel di Barcelona, Sepanyol pada 21 Oktober.

Anugerah Perniagaan Antarabangsa mengiktiraf pencapaian dalam setiap aspek di tempat kerja. Kategori yang termasuk adalah:

Pemenang Anugerah Emas, Perak dan Gangsa Stevie pada APA 2016 termasuklah ABS-CBN Corporation (Filipina), BSES Yamuna Power Limited (India), Clickky (Ukraine), Kumpulan Dogus (Turki), Pusat Statistik Dubai (Emiriah Arab Bersatu), Forter (AS), Foundation Telefónica  (Sepanyol), Freelancer.com (Australia), Itaú Unibanco Holding S.A.  (Brazil), Syarikat Bahan Api Nuklear KEPCO (Korea Selatan), Mondelez International (United Kingdom), Ooredoo (Qatar), PJSC Aeroflot - Syarikat Penerbangan  (Rusia), Polystar  (Sweden), PRIZM (Hong Kong), QLess, Inc. (AS), RheinBrücke IT Consulting (Jerman), Roshan (Afghanistan), SABC Pension Fund (Afrika Selatan), SUNNY SIDE UP, Inc. (Jepun), Telkom Indonesia (Indonesia) dan TELUS International (Kanada), antara lainnya.

Mengenai Anugerah Stevie
Stevie Awards diberikan dalam tujuh program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Perniagaan Amerika, Anugerah Perniagaan Antarabangsa, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan dan Anugerah Stevie untuk Kakitangan Cemerlang. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih dari 10,000 penyertaan setiap tahun dari organisasi di lebih 60 buah negara. Anugerah Stevie mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia bagi menghargai pelbagai jenis dan saiz organisasi serta individu di belakangnya.  Ketahui lebih lanjut mengenai Anugerah Stevie di http://www.StevieAwards.com.

Topics: The Stevie Awards, The International Business Awards, Anugerah Stevie, Anugerah Perniagaan Antarabangsa

Subscribe to Email Updates

Recent Posts

Posts by Topic

see all

Follow Me