Anugerah Stevie® telah mengeluarkan panggilan penyertaan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa, kali ke-14, pertandingan anugerah perniagaan yang ulung di dunia, yang menarik pencalonan dari organisasi di lebih 60 negara dan wilayah setiap tahun.
Kesemua individu dan organisasi seluruh dunia -- awam dan swasta, untuk-keuntungan dan bukan-keuntungan, kecil dan besar -- boleh menghantar pencalonan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa. Tarikh akhir penyertaan adalah 10 Mei, dan penyertaan lewat akan diterima menerusi 14 Jun dengan bayaran yuran kelewatan. Maklumat penyertaan boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA.
Panel kehakiman antarabangsa yang terdiri dari lebih 150 eksekutif akan menentukan pemenang Anugerah Stevie. Keputusan akan diumumkan pada 10 Ogos. Pemenang Anugerah Stevie akan diberikan anugerah mereka dalam sebuah bankuet gala di W Hotel di Barcelona, Sepanyol pada 21 Oktober.
Anugerah Perniagaan Antarabangsa mengiktiraf pencapaian dalam setiap aspek di tempat kerja. Kategori yang termasuk adalah:
- Anugerah Pengurusan
- Anugerah Syarikat Tahunan
- Anugerah Khidmat Pelanggan
- Anugerah Sumber Manusia
- Anugerah Teknologi Maklumat
- Anugerah Pemasaran
- Anugerah Produk Baharu
- Anugerah Perhubungan Awam
- Anugerah Laman Sesawang, Aplikasi Telefon Pintar dan Tablet, serta anugerah media yang lain
Pemenang Anugerah Emas, Perak dan Gangsa Stevie pada APA 2016 termasuklah ABS-CBN Corporation (Filipina), BSES Yamuna Power Limited (India), Clickky (Ukraine), Kumpulan Dogus (Turki), Pusat Statistik Dubai (Emiriah Arab Bersatu), Forter (AS), Foundation Telefónica (Sepanyol), Freelancer.com (Australia), Itaú Unibanco Holding S.A. (Brazil), Syarikat Bahan Api Nuklear KEPCO (Korea Selatan), Mondelez International (United Kingdom), Ooredoo (Qatar), PJSC Aeroflot - Syarikat Penerbangan (Rusia), Polystar (Sweden), PRIZM (Hong Kong), QLess, Inc. (AS), RheinBrücke IT Consulting (Jerman), Roshan (Afghanistan), SABC Pension Fund (Afrika Selatan), SUNNY SIDE UP, Inc. (Jepun), Telkom Indonesia (Indonesia) dan TELUS International (Kanada), antara lainnya.
Mengenai Anugerah Stevie
Stevie Awards diberikan dalam tujuh program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Perniagaan Amerika, Anugerah Perniagaan Antarabangsa, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan dan Anugerah Stevie untuk Kakitangan Cemerlang. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih dari 10,000 penyertaan setiap tahun dari organisasi di lebih 60 buah negara. Anugerah Stevie mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia bagi menghargai pelbagai jenis dan saiz organisasi serta individu di belakangnya. Ketahui lebih lanjut mengenai Anugerah Stevie di http://www.StevieAwards.com.